SEJARAH SEKOLAH


   Mula ditubuhkan pada 02 Disember 1992. Di awal penubuhannya, menumpang di bangunan bekas pusat latihan, Lembaga Kemajuan Bintulu Pada tahun 1995, SKAMISB berpindah lagi ke bangunan sementara bertempat di Kampung Assyakirin, Bintulu. Pada 01 Ogos 1997, dengan rasminya SKAMISB menduduki bangunan tetap di atas bukit bersebelahan Masjid Assyakirin, Bintulu dengan keluasan tapak 9.93 ekar dan anggaran kos pembinaan berjumlah 3.7 juta ringgit.

   Sehingga kini, SKAMISB telah diterajui oleh 4 orang guru besar dan bermula 18 Jun 2007, En. Su'ut bin Tahir meneraju SKAMISB sehingga ke hari ini.